Sunday, August 26, 2012

Ya Allah....Selamatkan Rohingya



Sejak 1942, lebih lama dari isu Palestine, etnik Rohingya telah dinafikan hak kerakyatan mereka. Malahan pada tahun 1942 lah juga bermula misi melenyapkan etnik Rohingya dari muka bumi ini. Sedih, marah dan geram yang membuak-buak. Dalam zaman ledakan teknologi canggih isu penghapusan etnik masih wujud dan masih tidak dapat diselesaikan walaupun sudah menjangkau 70 tahun.

Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan sejuta atau lebih sedikit penduduk, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar.

Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut.

Apa peranan kita, ADAKAH hanya sekadar pembaca sahaja. Masih belum terlambat dan ruang untuk kita membantu. Biarpun sedikit namun keperihatinan saudara kita perlu diperjuangkan. Peace Global Malaysia atau ABIM antara badan NGO yang boleh kita salurkan bantuan. Tunggu apa lagi...kita sudah kesuntukkan masa.